Main Content RSS FeedRecent Articles

Kem KAHFI2010 Zon Pantai Timur: 152 Ahli KeARAH Berkampung Di Tasik Kenyir »

13 Jun, Kuala Terengganu – Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Zon Pantai Timur telah berjaya mengadakan Kem Asah Fakulti Insan (KAHFI) bagi kali pertama yang telah diadakan dari 3 – 5 Jun 2010 sempena musim cuti persekolahan. Kem ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh barisan fasilitator KeARAH dan Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) zon Pantai Timur.

Program ini berfokuskan kepada pelajar sekolah menengah yang telah menjadi ahli KeARAH dalam rangka menyatukan para ahli dari Pahang, Terengganu dan Kelantan. Kem yang bertemakan “Kearah Menongkah Cabaran”, telah berjaya membangkit semangat peserta di sepanjang program yang telah dijalankan di Tasik Kenyir, Terengganu.

Read the rest

KEM PERSONALITI REMAJA (PESONA) Puteri HALUAN Kelantan »

KEM PERSONALITI REMAJA (PESONA) Puteri HALUAN Kelantan

Tempat : KADA Resort, Kota Bharu

Tarikh : 10-12 JUN 2010 ( Khamis – Sabtu) Pendaftaran 2.00 petang 10 JUN

Bayaran : RM 50.00 Seorang

Sasaran : Pelajar Perempuan 16-17 tahun untuk 80 orang

Hubungi : Pn Noziah Seman : 014-528 1452

Pn Salwanan Mohyiddin 013- 920 8190

Pn Norizan Othman    013- 970 2908

Jom Sertai Kem Anak Soleh Sempena Cuti Sekolah »

Kem Anak Soleh Kali ke 4 HALUAN Kelantan
Tarikh: 15, 16 & 17 Jun 2010
Tempat: Permai Resort, Bachok Kelantan
Pendaftaran:
Cikgu Mahmud – 0199838748
Dr. Mohd Ariff Rasyid – 0139397959

Remaja HALUAN Kelantan Kembara Ke KL dan Melaka »

HALUAN Kelantan telah menganjurkan kembara remaja ke Kuala Lumpur dan Melaka dari 13 hingga 17 Mac 2010. Kembara tersebut telah disertai oleh 47 orang peserta yang terdiri daripada 16 putera, 17 puteri dan 7 orang kanak-kanak. Mereka diiringi oleh 7 orang pengiring yang diselia oleh En Mahmud bin Jaaffar.

Pada hari pertama lawatan tersebut, rombongan telah berkunjung ke Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia, Muzium Samudera dan Melaka River Cruise. Para remaja peserta rombongan telah dapat menghayati keindahan alam ciptaan Allah di samping mengenali budaya dan warisan masyarakat di Malaysia.

Read the rest

Kembara Kelab Remaja HALUAN Kelantan »

Program Kembara Remaja HALUAN Kelantan

Tarikh:13-17 Mac 2010

Tempat: KL dan Melaka

Kembara: Kapal terbang dan Bas

Peserta: Remaja Puteri 16 orang dan RemajaPutera 17 org

Pendekatan program kembara:
>kaedah interaksi kelompok yang mempunyai tazkirah, catatan kembara, interaksi bersama remaja HALUAN Selangor
>kembara dan lawatan ke Kilang Proton, Petrosains, Zoo Melaka, Karangkraf dan lain-lain
>program di Masjid Putrajaya, Masjid Shah Alam, Masjid KLCC

Anjuran: KeARAH kelantan dengan kerjasama HALUANITA Kelantan

53 Remaja Sertai Kem Anak Soleh »

Alhamdulillah seramai 53 pelajar berumur 10 – 14tahun telah mengikuti Kem Anak Soleh (KASEH) yang telah dianjurkan oleh Masjid Mukim Pintu Geng, Kota Bharu Kelantan dengan kerjasama Kelab Siswa HALUAN Kelantan dan Kolej Teknologi Darulnaim. Program yang telah diadakan pada 6 Feb yang lalu bermula jam 8.00pagi – 10.00 mlm. Seramai 10 orang fasilitator dari Kelab HALUAN Siswa Kelantan telah membantu menjayakan kem tersebut yang julung-julung kali diadakan.

Sebelum itu pada 5 Feb, satu forum keibubapaan telah diadakan terlebih dahulu di masjid tersebut selepas solat maghrib. Antara ahli panel yang berkongsi pengalaman dan ilmu dalam forum tersebut ialah Ustaz Mahamad Senik, Ketua Penyelaras Program Pengajian Islam Kolej Teknologi Darulnaim dan Tn Hj Rosdi Baharom, Ketua Hal Ehwal Pelajar Kolej Teknologi Darulnaim. Forum telah dipengerusikan oleh Sdr Mohd Razali Maarof, Ketua Biro Latihan HALUAN Pusat. Forum yang bertajuk ”Selamatkan Anak dan Keluarga Kita dari Api Neraka” telah mengupas cabaran dan pendekatan terbaik dalam membimbing ahli keluarga kita dalam mencapai keberkatan dan keredhaan Allah swt.

Read the rest

191 Remaja Berjaya Ikuti Kem JATIDIRI 2010 »

Kem Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja 2010 (JATIDIRI) telah melabuhkan tirainya pada 7 Februari 2010. Seramai 190 peserta lepasan SPM 2009 dari pelbagai sekolah telah berkampung di Kelantan semenjak 47 hari yang lalu. Sejumlah 10 modul yang meliputi aspek ruhiyah, dakwah, tarbiyah, kepimpinan, kemahiran keinsanan, pengurusan diri, pengurusan masa, rekreasi, kerjasama berpasukan, khidmat masyarakat dan lain-lain telah dilalui oleh para peserta di sepanjang program berlangsung.

Read the rest

300 Remaja Sertai Seminar Anjuran HALUAN »

Bachok, Kelantan – Lebih dari 300 pelajar dari SMU (A) Nurul Falah, Cherang Ruku Pasir Puteh dan Maahad Yaakubiah, Bachok Kelantan menyertai Seminar Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji yang telah diadakan di sekolah masing-masing pada 27 Januari 2010 yang lalu. Seminar yang dianjurkan oleh HALUAN dan Kolej Teknologi Darulnaim tersebut diadakan dalam rangka membantu meningkatkan potensi dan motivasi peserta dalam pelajaran. Di samping itu diharapkan melalui perkongsian ilmu tersebut akan dapat membangkitkan kesedaran dan kefahaman pelajar agar turut mengambil berat dalam aspek pembinaan akhlak dan jatidiri pelajar supaya seiring dengan kecemerlangan akademik.

Read the rest

Video KMK 3 Kelantan »

Sahabat Yang Baik Penyelamat Bencana »

Puteri-puteri Islam Sejati!
Salam sejahtera diiringi limpah kasihi Ilahi.

Di mana jua kalian berada, sentiasa ibu doakan agar sentiasa beroleh taufiq dan hidayah Allah. Sentiasa terdorong melaksanakan kebaikan, juga terhindar dari melakukan sebarang keburukan.

Ibu sangat merindui dan mengasihi kalian dengan kasih sayang Islam; supaya dengannya kita akan dikumpulkan kembali di yaumil akhir nanti. Di sana nanti tiada lagi naungan selain naunganNya. Ini berdasarkan maksud sabda Rasulullah s.a.w;

“Pada hari kiamat Allah akan berfirman: Di manakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Hari ini Aku akan melindungi mereka, sebab hari ini tidak ada perlindungan selain daripada perlindunganKu.” (HR Muslim)
Read the rest

Close
E-mail It